kabulkan doaku...

‎"Ya Allah.. .Jika jodoh kami sudah menghampiri nanti, janganlah kami terpaksa membuat banyak pilihan. Temukan sahaja jodoh yang paling serasi dengan kami. Yang bersedia menerima diri kami seadanya. Mengahwini dan menerima bukan kerana diri kami semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga. Moga jodoh kami nanti menyayangi mak dan ayah sebagaimana kami anknya menyayangi mereka. Moga jodoh kami nanti mengambil berat kebajikan mak dan ayah sebagimana kami ingin menjaga kebajikan mereka.

"Biar nanti perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati malah menjalin kan ukhwah antara keluarga.

"Ya Allah. Yang paling penting..temukanlah jodoh yang sudi menerima diri kami sebagai sahabat, kekasih dan isteri. Yang saling kasih mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Samada diri kami atau dia yang sakit atau dipanggil oleh-Mu dahulu, kami akan saling setia sehingga akhirnya kami menemui-Mu - di Firdaus yang satu.

"Ya Allah. Jika ditakdirkan jodoh kami terlebih dahulu memasuki syurga-Mu dan menemui jodohnya “Si Bidadari Bermata Jeli” Berikan lah kami peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah untuk kami tahu dia telah berada di situ.

No comments:

Post a Comment